VIDEO PENDEK
Belajar itu bukan sekadar menulis di papan putih atau menerangkan dengan cara syarahan. Cuba perhatikan, berapa banyak anak-anak kita memperoleh ilmu luar jangka seperti mengetahui tentang haiwan di Antartika ataupun eksperimen air Coca Cola dan Mentos yang boleh digunakan untuk membersihkan tandas. Kerap kali juga jawapan diperoleh ialah bukan cikgu ajar, tetapi mereka melihat di Youtube atau Tiktok. Generasi Z dan Millenial ini memerlukan teknik pengajaran yang berbeza supaya mereka kekal aktif, fokus dan “segar”. Penghasilan Video Pendek ini diilhamkan melalui corak pembelajaran murid yang pelbagai. Kali ini, murid diminta merangka skrip dan menghasilkan video pendek berdasarkan tajuk Beriman Kepada Qadha’ dan Qadar. Hasilnya mereka bukan sahaja mampu mencipta skrip, mengaitkan dengan silibus bahkan mampu berlakon dan menghasilkan animasi video yang sangat menarik. Jom saksikan bersama dan ustaz ustazah juga boleh gunakan sebagai set induksi dalam kelas.
TUTORIAL MEMBINA BBM DAN GAME ONLINE
Sewaktu PdPR tempoh hari, saya melaksanakan pelbagai tugasan berkumpulan secara dalam talian dengan murid. Antaranya ialah melaksanakan pembentangan dengan cara setiap kumpulan menghasilkan BBM dan kuiz online. Pembentangan yang dilaksanakan oleh murid sangat menarik dan saya memerhatikan kemampuan murid melaksanakan eksplorasi dunia IT jauh lebih banding berbanding dengan kita sebagai guru. Antara game online yang agak biasa dengan guru ialah Quizziz atau Word Wall, tetapi saya memerhatikan murid boleh mencipta pelbagai permainan pembelajaran secara dalam talian menggunakan pelbagai jenis apps. Antaranya ialah Edu Candy, Gamilab, Kahoot dan Classtool. Bahan yang disediakan juga bukan sekadar menggunakan Canva, tetapi mereka turut mencipta Telegram Bot, anyflip, linktree dan pelbagai lagi. Saya sangat teruja dengan hasil yang ditunjukkan oleh murid. Di akhir pembentangan murid, saya meminta murid menghasilkan tutorial bagaimana mencipta permainan dan membina BBM dengan cara yang mudah. Berikut dikongsikan video tutorial yang dibuat oleh murid tingkatan 3 dari SM Sains Pasir Puteh iaitu kelas yang saya ajar sendiri.